Pandangan matanya tumpah pada seorang
jejaka yang sedang minum di sebelah kiri restoran itu. Dia memang mengenali
lelaki itu walaupun dia tidak pernah berjumpa dengan lelaki itu. Tapi dia teramat pasti,lelaki itu yang
dia cari selama ini.
Menyedari dirinya diperhati jejaka itu
menoleh kearah gadis berbaju merah sambil mengulumkan senyuman mesra. Hatinya
terpikat dengan keayuan wajah gadis itu. Selama dia menjadi romeo,tidak pernah
dia melihat seorang gadis dengan mata hatinya. Tapi malam ini segalanya
berbeza.
‘
ah,jatuh cintakah aku?’bisik hati Iskandar pada dirinya sendiri.
Iskandar mengeluh panjang. Rakan
disebelahnya memandang kearah Iskandar dengan hairan.
“
Eh,cuba korang tengok perempuan itu,”luah Iskandar pada rakannya sambil
memuncungkan mulutnya kearah gadis berbaju merah itu.
“Aku rasakan perempuan tu mesti minat aku
kan.” Is menyambung kata-katanya bagi menutup resah dihatinya yang sedang
berkumandang kini.
Baginya seorang romeo tidak akan jatuh hati
dengan senang. Gadis itu sekadar memandang kosong. Tiada senyuman yang mekar di
bibirnya, hanya mata yang memandang dengan penuh dendam. Dirasakan dirinya
menjadi tontonan mata nakal, gadis itu berlalu pergi meninggalkan restoran
tersebut. Iskandar menoleh kearah gadis tadi, tapi gadis itu telah hilang tanpa
Iskandar sedari. Hatinya resah kini.
‘Dimana harus aku cari gadis tadi’soal
Iskandar pada dirinya sendiri.
Sampai sahaja dirumah Balqis membaringkan
diri. Matanya liar mencari sesuatu. Hatinya bagai ditusuk sembilu. Kenangan
lama kembali bertandang. Marahnya semakin menjadi-jadi,gara-gara lelaki itu
dendam kesumatnya bertambah menyinga.
‘Kak
Mai,Qis akan balas dendam untuk akak. Qis akan pastikan dia dapat balasan yang
setimpal dengan apa yang telah dia lakukan pada akak. Tu janji Qis pada akak.’desis hati Balqis.
‘Segala dendam harus di bayar dendam.
Jangan ingat sekali air bah, pantai pun akan berubah sama. Aku takkan biarkan
semua tu terjadi. Kau akan terima segala pembalasan untuk apa yang kau buat
pada kakak aku. Kau dah conteng arang kat muka keluarga kami. Akuu akan ajar
kau jantan. Siap la engkau.’ Wajah kakak kesayangan terbayang di depan mata.
Balqis menangis. Makin lama, makin jelas esakannya. Tanpa sedar Balqis terlena
dalam esakan.
Iskandar kehilangan kata-kata. Segala
yang dibuat tidak kena. Dirinya runsing dengan mainan hatinya sendiri. Dahulu
Iskandar seorang yang petah berbicara, mencairkan hati setiap anak-anak gadis
yang mahukannya tapi sekarang segalanya musnah gara-gara seorang gadis yang
tidak diketahui asal usulnya. hayalannya hanya untuk gadis itu. Segala yang
bermain di benaknya juga milik gadis itu.
Bip.. Bip.. telefon bimbit iskandar
menjerit meminta pemiliknya membuka pesanan ringkas yang baru sampai. Tapi tidak
di layan Iskandar.
‘ Em,ni mesti mesej Zack. Em, malas la
aku nak layan korang, kepala aku tengah berserabut ni.’
Tanpa Iskandar sedari Datin Marshila memerhatikannya. Datin Marshila sedar akan
perubahan anaknya, sebelum ini Iskandar tidak pernah begini. Tapi Iskandar
berbeza sekarang,jika dulu rumah mewah itu umpama rumah kedua bagi Iskandar
tapi sejak beberapa hari lalu rumah itu menjadi saksi kehadiran Iskandar.
Dengan perlahan-lahan Datin Marshila menghampiri iskandar. Belum sempat dia
menghampiri anaknya, dia terdengar bunyi kereta memasuki perkarangan banglo
tiga tingkat itu.
“Assalamualaikum”.
“waalaikummussalam,abang. lambat abang
balik malam ni?” pertanyaan Datin Marshila hanya disambut senyuman manis dari
suaminya.
“Yang, kan abang dah telefon tadi. Abang
ada mesyuarat dengan Dato’ Rahim. Em,sayang ni.” Luah Dato’ Irfan kepada
isterinya setelah melihat isterinya memandang meminta kepastian.
Akan bersambung, mengikut keadaan dan
masa.. hehe..cubaan untuk buat cerpen...
Harap diterima umum. Sebarang komen dan cadangan diperlukan, terima kasih..