My Salary in Month

Pengikut

Rabu, 16 Februari 2011

Kelebihan Surah Yusuf Ayat 4

Hari ini azwa ada satu tips untuk rakan-rakan.
Tips ni azwa selalu praktikkan masa azwa nak jumpa seseorang yang lebih tua atau yang lebih berpangkat dari azwa.
Yelahkan, azwa takut kena marah ke, kena tengking tak tentu pasal ke, ataupun perkataan yang azwa keluarkan tu maybe pedas sikit ke,jadi azwa amalkan tips tersebut.

Kepada rakan-rakan yang nak try tips azwa ni bolehlah ambil tips ini dan amalkan selalu. Dan jangan pula rakan-rakan semua salah sangka dengan azwa. Semua tips yang azwa akan kongsi dengan semua ni bukan ajaran sesat ye kawan-kawan. Tips azwa berdasarkan hadis dan alquran sahaja.


Disini azwa sertakan ayat al-quran tersebut:
Surah Yusuf: ayat 4,
surah Yusuf ayat 4
Terjemahannya:
(Ingatlah peristiwa) ketika Nabi Yusuf berkata kepada bapanya: "Wahai ayahku! Sesungguhnyaaku mimpi melihat sebelas bintang dan matahari serta bulan; aku melihat mereka tundukmemberi hormat kepadaku" (Yusuf:4)

Untuk pengetahuan semua azwa dapat tips ni dari abah azwa. Abah azwa ni suka tolong orang dan abah azwa juga suka kawan dengan orang-orang tua.
Nak dijadikan cerita ada la satu hari tu, abah azwa balik rumah lepas pergi rumah kawan dia. Lepas tu dia cakap kat azwa tentang kelebihan mengamalkan surah Yusuf ni. Azwa pun dengar  je la. Nak jadi anak solehah kan..hehe..poyo la kan.

 Abah azwa cakap la tentang kelebihan mengamalkan  surah yusuf ayat 4 ni antaranya:
  • ·         Orang akan menghormati kita
  • ·         Orang takkan marah kita tanpa sebab atau alasan yang kukuh (macam yang selalu azwa kena)
Seingat azwa tu jelah yang abah azwa bagitahu azwa. Tapi disini harus diingatkan kepada rakan-rakan azwa, azwa hanya menitikberatkan ayat 4 surah yusuf je taw, bukan keseluruhan surah yusuf,(walupun kita sepatutnya menitik beratkan keseluruhan ayat-ayat alQuran).

Bukan apa, azwa takut nanti ada rakan-rakan yang tersalah faham dengan coretan azwa tentang surah yusuf ayat 4 ni,manalah azwa taw kan kot-kot ada rakan-rakan yang ingat azwa mengcoretkan fadhilat surah yusuf keseluruhannya.

 Kepada rakan-rakan, hanya satu sahaja yang azwa pesan kepada semua, tapi mungkin dah banyak kali kawan-kawan semua dengar, cuma azwa ingin mengingatkan sekali lagi untuk dijadikan panduan untuk rakan-rakan dan juga untuk diri azwa sendiri. InsyaAllah.


"Sesungguhnya kita hanya merancang, hanya Allah jua yang menentukan."

Semoga hidup kita dirahmati dan dilindungi oleh Allah sekalian makhluk. InsyaAllah. Amin

2 ulasan:

  1. Balasan
    1. He, dah try ek? Tu la kan, setiap nasihat org tua memang bermakna, sebab mereka lebih dulu makan garam dari kita. Sory, terpaksa guna akaun lain, sebab password blog terlupa. :) jemput singgah blog baru :

      azwaazza91.blogspot.com

      Padam